Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

42) RUMAH IBADAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis paduan perancangan berkenaan pembinaan rumah ibadat Islam dan rumah ibadat selain Islam?

    Kerajaan Negeri merujuk MANUAL GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI SELANGOR yang dikeluarkan oleh pihak JPBD Negeri Selangor sebagai panduan perancangan penyediaan kemudahan keagamaan tempat ibadat Islam dan selain Islam. Garis panduan tersebut menetapkan piawaian yang tertentu bagi kemudahan keagamaan seperti Masjid, Surau dan Tempat Ibadat Selain Islam seperti jadual dibawah:

     

    Rumah Ibadat Keluasan Tadahan penduduk
    Masjid 2.5 ekar (minimum) 20,000 orang
    Surau 0.5 ekar (minimum) 2,500 orang
    Tokong  

    Tidak melebihi 0.5

    hektar

     

    5,000 orang /

    2,600 penganut

    Kuil
    Gereja
    Lain-lain

     

    Di samping itu, bagi Rumah Ibadat Selain Islam, Kerajaan Negeri juga menggunapakai Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 8/2011 iaitu Garis Panduan Kegunaan Tanah untuk Tujuan Rumah Ibadat Bukan Islam di Negeri Selangor yang menjelaskan perkara berikut:

     

    1. Tempoh pajakan 99 tahun
    2. Cukai tanah tahunan RM1.00 (nominal)
    • Mendapat perakuan Jawatankuasa HESI
    1. Diwartakan dan dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri
    2. Diurus tadbir oleh persatuan agama / pemegang amanah

     

Lampiran

Tiada Lampiran.