Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

140) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah Tokong, kuil dan gereja yang berdaftar di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Sehingga tahun 2013, bilangan keseluruhan Rumah Ibadat Selain Islam yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak 328 buah. Dari jumlah tersebut, Tokong mencatatkan bilangan tertinggi dengan 156 buah diikuti dengan Kuil dengan sejumlah 137 buah manakala gereja sebanyak 31 buah dan Gudwara sebanyak 4

     

    BIL. NAMA RUMAH IBADAT JUMLAH RUMAH IBADAT
    1. TOKONG 156
    2. KUIL 137
    3. GEREJA 31
    4. GUDWARA 4
    JUMLAH 328

     

Lampiran

Tiada Lampiran.