Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

79) RUMAH IBADAT & TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah ibadat setiap agama dalam tahun 2008-2010.

    Berikut adalah jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah ibadat bagi setiap agama selain Islam dalam tahun 2008-2010:-

    BIL JENIS RUMAH IBADAT JUMLAH PERUNTUKAN PEMBINAAN RUMAH IBADAT

    (RM)

    2008 2009 2010
    1 Tokong 0.00 385,000.00 187,500.00
    2 Kuil 0.00 1,168,000.00 1,055,000.00
    3 Gereja 0.00 65,000.00 101,000.00
    4 Gudwara 0.00 40,000.00 110,000.00
      JUMLAH 0.00 1,658,000.00 1,453,500.00

    Pada tahun 2008, peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam disalurkan kepada persatuan pengurusan rumah ibadat hanya bertujuan untuk ubah suai/baik pulih sahaja. Jumlah peruntukan yang disalurkan adalah seperti berikut:-

    BIL JENIS RUMAH IBADAT JUMLAH PERUNTUKAN UBAH SUAI/BAIK PULIH

    2008 (RM)

    1 Tokong 1,749,950.00
    2 Kuil 999,950.00
    3 Gereja 207,000.00
    4 Gudwara 20,000.00
      JUMLAH 2,976,900.00

    Mulai tahun 2009 sehingga kini bantuan kewangan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam disalurkan bagi tujuan aktiviti keagamaan, pembelian peralatan untuk kelas keagamaan, ubah suai dan bina semula sebagaimana yang diluluskan oleh Y.B Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam.

Lampiran

Tiada Lampiran.