Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

175) RUMAH IBADAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menstruktur semula rumah-rumah ibadat yang didirikan secara haram bagi mengelakan kes seperti kuil Mahamariaman di Seafield USJ?

    1. Kerajaan Negeri sentiasa komited menyediakan tapak kemudahan ibadat yang kondusif dengan memastikan setiap pembangunan baru perlu menyediakan kemudahan-kemudahan mengikut Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ke 2). Bagi pembangunan baru tapak rumah ibadat, kerajaan negeri akan memastikan semua pembangunan adalah berdaftar dengan mengemukakan permohonan merancang selaras dengan keperluan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Bagi rumah-rumah ibadat yang didirikan tanpa kebenaran, Kerajaan Negeri menggunapakai Garis Panduan Tatacara Penguatkuasaan ke atas Rumah Ibadat Selain Islam dan Tempat Penyembahan di bina Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor yang berkuatkuasa sejak 1 Februari 2014.

     

    Dalam pada itu, sebarang rumah ibadat selain Islam yang telah dibina sebelum tahun 2008 diberi pertimbangan untuk dikekalkan tertakluk kepada tatacara pihak berkuasa atau dipindahkan ke kawasan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.