Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

141) RUMAH JAGAAN ORANG-ORANG TUA DAN ANAK-ANAK YATIM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa pusat jagaan orang-orang tua dan anak-anak yatim berdaftar mengikut daerah di Selangor?

    Sebanyak 121 pusat jagaan orang-orang tua dan anak yatim yang berdaftar dengan pihak Jabatan sehingga Julai 2018. Statistik bilangan pusat jagaan orangorang tua dan anak yatim yang berdaftar mengikut daerah adalah seperti di bawah:

    Bil. Daerah Jumlah Pusat Jagaan Warga Tua
    1 Petaling 39
    2 Hulu Langat 29
    3 Klang 9
    4 Gombak 7
    5 Kuala Selangor 1
    6 Sepang 1
    7 Hulu Selangor 1
    8 Kuala Langat 0
    9 Sabak Bernam 0
      Jumlah 87

    Jadual 1: Bilangan Pusat Jagaan Orang-Orang Tua Berdaftar di Negeri Selangor Mengikut Daerah

    Bil. Daerah Jumlah Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin
    1 Petaling 9
    2 Gombak 6
    3 Hulu Langat 5
    4 Klang 4
    5 Hulu Selangor 4
    6 Sepang 2
    7 Sabak Bernam 2
    8 Kuala Selangor 1
    9 Kuala Langat 1
      Jumlah 34

    Jadual 2: Bilangan Pusat Jagaan Anak Yatim Berdaftar di Negeri Selangor Mengikut Daerah

Lampiran

Tiada Lampiran.