Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

105) RUMAH/KAWASAN LAPANG TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kebelakangan ini terdapat banyak rumah/kawasan lapang terbiar menjadi hutan dan tidak diselenggara dengan baik. Adakah Kerajaan boleh menyita rumah/tanah tersebut jika pihak tersebut tidak membersihkan selepas menerima notis beberapa kali?

    Bagi kes yang mana pemilik premis tidak mengambil tindakan membersihkan premis/ lot tanah kosong/ terbiar walaupun selepas menerima notis beberapa kali, PBT tidak mempunyai peruntukan kuasa di bawah Akta yang digunapakai oleh PBT seperti Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta 133  Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1973 untuk menyita premis (rumah)/ tanah tersebut. PBT hanya boleh menjalankan kerja-kerja pembersihan dan menuntut bil kos pembersihan tersebut daripada pemilik sahaja dan MBSA juga boleh membawa kes ke mahkamah jika pemilik engkar membayar kompaun yang dikeluarkan dan kos pembersihan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.