Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

110) RUMAH/ KAWASAN TERBIAR YANG DIPENUHI SEMAK SAMUN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Rumah/kawasan terbiar penuh dengan semak samun telah mengakibatkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Kerajaan Tempatan (KT) mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan tersebut untuk mengambil tindakan. Bolehkah Kerajaan Selangor meminda akta untuk memudahkan KT mengambil tindakan atau langkah proaktif untuk KT?

    Antara tindakan yang boleh diambil ke atas kawasan terbiar yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar boleh diambil berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tertakluk kepada Seksyen-seksyen berikut:-

    i. Seksyen 74

    Bagi kesalahan membiarkan rumah atau bangunan atau tanah atau mana-mana bahagiannya dalam keadaan kotor dan tidak baik atau diliputi tumbuhan-tumbuhan rimbun atau mudarat boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya;

    ii. Seksyen 80

    PBT boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang yang melakukan mana-mana kacau ganggu itu bagi menghapuskannya dan juga bagi mendapatkan ganti rugi;

    Selain itu, tindakan secara terus juga boleh diambil di bawah Seksyen 81, 82 dan 110 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana ianya tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen dan Undang-Undang Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.