Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

14) RUMAH KEBAJIKAN SEPERTI RUMAH ORANG TUA, ANAK YATIM, OKU DAN LAIN-LAIN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah orang-orang tua yang terdapat di dalam Negeri Selangor sama ada di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta? Sila pecahkan mengikut DUN?

    Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat jumlah rumah orang-orang tua yang terdapat di Negeri Selangor sama ada di bawah Kerajaan Persekutuan, Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan pihak swasta berjumlah 86 buah dengan pecahan mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah seperti berikut:

    BIL DUN BILANGAN RUMAH ORANG TUA
    1. Balakong 5
    2. Bukit Gasing 17
    3. Bukit Melawati 1
    4. Dengkil 1
    5. Dusun Tua 2
    6. Kajang 11
    7. Kampung Tunku 2
    8. Kinrara 1
    9. Kota Anggerik 3
    10. Kuang 1
    11. Kota Kemuning 1
    12. Lembah Jaya 7
    13. Pandamaran 3
    14. Paya Jaras 1
    15. Rawang 3
    16. Semenyih 7
    17. Sentosa 4
    18. Seri Kembangan 2
    19. Seri Serdang 1
    20. Seri Setia 1
    21. Subang Jaya 9
    22. Sungai Kandis 1
    23. Templer 1
    JUMLAH 86

    [Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor]

Lampiran

Tiada Lampiran.