Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

76) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah bantuan rumah yang dibina mengikut daerah sejak 2015 hingga suku ketiga 2016?

    Selaras dengan misi dan Visi Kerajaan Negeri Selangor,  Program  Kerajaan  Prihatin telah diwujudkan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan, mempunyai rumah yang daif dan tidak selamat untuk diduduki untuk memiliki sebuah rumah yang lebih selesa. Kerajaan Negeri di bawah program Kerajaan Prihatin membantu rakyat dengan membina semula rumah yang terlalu daif dan membaikpulih rumah yang telah rosak tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan. Bantuan ini diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai. Jumlah penerima yang telah mendapat manfaat dari program ini sejak tahun 2015 sehingga 2016 adalah seperti di Lampiran A.

    LAMPIRAN A

     JUMLAH PENERIMA BANTUAN PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2015 – 2016

     

    TAHUN

     

    DAERAH

    2015 2016 JUMLAH MENGIKUT DAERAH
    BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH
    KLANG 9 5     14
    PETALING 4 3     7
    KUALA LANGAT 9 11   3 23
    HULU LANGAT 3 4 1 4 12
    SABAK BERNAM   5 5
    KUALA SELANGOR 8   3 11
    GOMBAK 5 5   2 12
    HULU SELANGOR 3 7 1 9 20
    SEPANG   8 8
    JUMLAH KESELURUHAN 33 43 2 34 112

     

     

     

    PETUNJUK JUMLAH
    BB – Bina Baru 35
    BP – Baikpulih 77
    Jumlah keseluruhan 112

     

Lampiran

Tiada Lampiran.