Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

17) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah dan senaraikan projek rumah kerajaan prihatin pada tahun 2018 sehingga kini?

    Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, jumlah Bantuan Rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin sejak tahun 2018 sehingga kini ialah sebanyak 138 projek yang melibatkan 9 daerah merangkumi bantuan bina baru rumah dan bantuan baikpulih rumah. Setiap permohonan akan ditapis dan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin. Senarai permohonan yang telah menerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2018 sehingga kini mengikut pecahan daerah dan syarat – syarat program adalah seperti di Lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.