Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

144) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan yang boleh dipohon bagi keluarga yang tidak mampu menjelaskan sewa rumah?

    1. Kerajaan Negeri tidak memperuntukkan sebarang bantuan kepada penyewa-penyewa yang tidak mampu menjelaskan sewa rumah mereka. sekiranya peruntukan untuk tujuan tersebut diadakan maka akan wujud penyewa yang sengaja enggan membayar sewa atas alasan boleh memohon mendapatkan bantuan sewa yang  disediakan  oleh  Kerajaan Negeri. Adalah tidak adil untuk menggunakan duit rakyat untuk  memberi  subsidi sewa kepada mereka yang mampu atau sengaja tidak membayar sewa rumah. walau bagaimanapun, masih terdapat agensi-agensi yang boleh memberi bantuan sewa atas faktor kemiskinan atau kes-kes tertentu seperti hilang pekerjaan secara tiba-tiba. kemalangan atau sebagainya melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS). Permohonan bantuan sewa ini hendaklah dipohon sendiri oleh penyewa-penyewa yang beragama Islam kepada Lembaga Zakat Selangor untuk dipertimbangkan bantuan  Bantuan lain yang boleh dipohon adalah melalui bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM), namun bantuan yang disediakan adalah terhad iaitu bantuan  bulanan  berdasarkan tahap kemiskinan penduduk dan bukannya untuk menyelesaikan masalah tunggakan penyewa.

    Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi  mengatasi  masalah tunggakan sewa di kalangan penyewa antaranya menurunkan kadar sewa RM250.00 kepada RM124.00 bagi penyewa-penyewa yang mempunyai pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM1,500.00 sebulan. sehingga Disember 2010 seramai 469 penyewa PPR Kota Damansara dan 1,289 penyewa PPR Taman Putera Damai telah diberi kadar sewa RM124.00 sebulan tetapi masih mempunyai tunggakan keseluruhan sebanyak RM7.5 juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.