Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

63) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah rumah kos rendah yang dibina dari tahun 2004 hingga akhirtahun 2007 di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Kadar pertumbuhan projek perumahan di Nageri Selangor merupakan yang
    tertinggi berbanding dengan negeri-negeri di Malaysia. la termasuklah
    pembangunan projek sama ada projek yang telah dibina (termasuk rumah yang
    siap dibina dan di peringkat pembinaan) mahupun projek perumahan dalam
    peringkat perancangan. Projek-projek perumahan ini termasuklah juga
    pembinaan rumah kos rendah. Ini kerana berdasarkan Dasar Pembangunan
    Tanah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, sebarang
    pembangunantanah yang melebihi 10 ekar dalam kawasan Lembah Klang akan
    dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos
    Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana manakala kawasan di luar
    Lembah Klang pula akan dikenakan syarat pembinaan20% Rumah Kos Rendah,
    10% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Tujuan
    pengenaan syarat ini adalah untuk memastikanTujuan utama pengenaan syarat
    ini adalah untuk memastikan pembangunan perumahan dijalankan turut
    mengambil kira keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah
    untuk memiliki rumah mampu milik yang lebih selesa.
    Sepanjang tahun 2004 sehingga tahun 2007, di Negeri Selangor sahaja
    sebanyak 86,325 unit rumah kos rendah telah siap dibina dan diduduki
    (berdasarkan Sijil Kelayakan Menduduki yang telah dikeluarkan pihak berkuasa
    tempatan (PBT) di Negeri Selangor) manakalasebanyak 24,242 unit rumah kos
    rendah lagi sama ada dalam proses pembinaan mahupun dalam peringkat
    perancangan (berdasarkanpelan bangunan yang diluluskan oleh PBT di Negeri
    Selangor dari tahun 2006 sehinggatahun 2007). Pecahan unit rumah kos rendah
    yang telah dikeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) dan
    KelulusanPelan Bangunanmengikut PBT adalah seperti berikut :
    — – — – – – – —
    – – ————.

    Rumah Kos Rendah Rumah Kos Rendah Dalam
    Bil. Pihak Berkuasa Telah Siap Pembinaan dan Perancangan
    Tempatan (Berdasarkan CFO Yang (Berdasarkan Pe/an Bangunan Dikeluarkan) YangDiluluskan).
    1. Majlis Bandaraya Shah 1,962 2,037 Alam (MBSA)
    2. Majlis Bandaraya Petaling 18,278 2,560 Java (MBPJ)
    3. Majlis Perbandaran Klang 13,082 3,015 (MPK)
    4. Majlis PerbandaranSubang 12,505 730 Jaya (MPSJ)
    5. Majlis Perbandaran 10,477 TM AmDanaJava (MPAJ)
    6. Majlis Perbandaran 10,781 10,678 Selavana (MPS)
    7. Majlis Perbandaran Kajang 10,359 3,501 (MPKi)
    8. Majlis PerbandaranSepang 1,731 TM (MPSD)
    9. Majlis Daerah Kuala Langat 3,898 636 (MDKL)
    10. Majlis Daerah Kuala 1,549 564 Selangor (MDKS)
    11. Majlis Daerah Hulu 1,141 389 Selangor (MDHS)
    12. Majlis Daerah Sabak 562 133 Bemam (MBSB)
    Jumlah 86,325 24,243

    Nota:
    * T.M = Tiadamaklumat

Lampiran

Tiada Lampiran.