Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

273) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berhasrat mengambil alih kuasa pengurusan taman permainan, jalan dan kemudahan awam yang lain di dalam kawasan rumah kos rendah disebabkan yuran penyelenggaraan mereka tidak mencukupi untuk membaiki dan menjaga kemudahan-kemudahan tersebut?

    Kerajaan Negeri telah mendapatkan input awal dari Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan berhubung jumlah kawasan pangsapuri kos rendah yang bukan di bawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Daripada input yang diperolehi, adalah dianggarkan kos tambahan yang perlu ditanggung untuk kerja-kerja turap jalan, potong rumput dan landskap, bil dan senggaraan lampu jalan, senggara saliran longkang serta kutipan sampah pukal adalah sejumlah RM179,695,112.88 setahun. Selain itu, perkara pengambilalihan ini juga perlu dibincangkan di peringkat Persekutuan kerana ianya melibatkan persempadanan kawasan Berkuasa Tempatan yang termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].

Lampiran

Tiada Lampiran.