Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

174) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan lokasi rumah kos rendah di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, daripada tahun 2008 sehingga 2016 terdapat 13 projek rumah kos rendah dibina di Negeri Selangor yang melibatkan sebanyak 4,506 unit rumah. Lokasi projek adalah seperti berikut:

    Bil. Projek Lokasi Bil. Unit
    1. Aman Perdana Klang 320
    2. Perdana Residence Gombak 108
    3. Setia Alam Fasa 2 Bukit Raja 725
    4. Bandar Parklands, Bukit Tinggi 3 Klang 800
    5. Taman Damai Utama Petaling 739
    6. Taman Puchong Prima Petaling 212
    7. Pangsapuri Sri Sekamat Cheras 78
    8. Taman Seri Melur Kajang 22
    9. Wawasan Asli Klang 30
    10. Alam Impian Klang 270
    11. Taman Putra Prima Dengkil 448
    12. Setia Alam Fasa 3 Bukit Raja 650
    13. Permatanah Sdn. Bhd. Sepang 104
    JUMLAH 4,506

Lampiran

Tiada Lampiran.