Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

80) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dengan wujudnya Rumah Mampu Milik Selangorku,akan dimansuhkan pembinaan Rumah Kos Rendah?

    a) dan b)

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, kewujudan Rumah Selangorku tidak bermaksud untuk memansuhkan terus pembinaan Rumah Kos Rendah.  Konsep utama pelaksanaan Rumah Selangorku adalah mempelbagaikan jenis rumah mampu milik dari segi harga jualan, saiz luas binaan dan juga jenis rumah yang mampu memberi lebih pilihan kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk memiliki rumah pada harga mampu dimiliki. Rumah Selangorku secara khususnya terdiri daripada empat (4) jenis rumah utama iaitu Rumah Selangorku Jenis A yang mana saiz luas binaan 700 kaki persegi (harga jualan RM42,000), Rumah Selangorku Jenis B luas binaan 750 kaki persegi (harga jualan RM100,000) Rumah Selangorku Jenis C luas binaan 800 – 900 kaki persegi (harga jualan RM150,000 – RM200,000) dan Rumah Selangorku Jenis D luas binaan 1,000 kaki persegi (harga jualan RM220,000 – RM250,000). Oleh itu, tidak timbul Rumah Kos Rendah akan di mansuhkan kerana ianya lebih kepada penjenamaan semula. Penjenamaan semula ini secara tidak langsung akan mengikis sitgma negatif terhadap Rumah Kos Rendah selama ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.