Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

86) RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk selaraskan penyediaan rumah kos rendah Rumah Selangorku dengan rancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mempunyai Dasar Perumahan Mampu Milik Rumah Selangorku yang mana ianya merangkumi keperluan penyediaan rumah Jenis A (dahulu dikenali sebagai rumah kos rendah)  yang dikenakan ke atas setiap pembangunan yang berkeluasan 10 ekar dan ke atas.

    Oleh itu, Kerajaan Negeri bersedia berbincang dengan Kerajaan Persekutuan khususnya berkenaan dengan penyediaan Perumahan Awam / Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kerajaan Negeri akan berperanan dalam mengenalpasti lokasi dan menyediakan tapak yang bersesuaian dan Kerajaan Persekutuan akan menyediakan dana / peruntukkan bagi menjayakan projek tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.