Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

29) RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah skim-skim perumahan kos rendah / mampu milik yang masih dibuka untuk permohonan di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah skim perumahan kos rendah telah dijenamakan semula kepada Skim Rumah Selangorku Jenis A / mampu milik yang masih dibuka untuk permohonan di bawah Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut :

    BIL DAERAH JUMLAH PROJEK
    1 PETALING 10
    2 KLANG 6
    3 HULU LANGAT 14
    4 GOMBAK 7
    5 SEPANG 9
    6 HULU SELANGOR 2
    7 KUALA SELANGOR 5
    8 KUALA LANGAT 4
    9 SABAK BERNAM 2
    JUMLAH 59

    Perincian projek Rumah Selangorku / mampu milik yang masih dibuka untuk pendaftaran permohonan kepada orang awam seperti Lampiran 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.