Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

145) RUMAH KOS RENDAH KAWASAN PETALING JAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pemohon rumah kos rendah di kawasan MBPJ yang masih tidak berpeluang mendapat rumah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan Rumah Selangorku yang didaftarkan di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) adalah berdasarkan kawasan pilihan mengikut daerah dan tiada rekod mengikut kawasan PBT. Berdasarkan rekod dalam sistem pendaftaran di LPHS sehingga 16 Oktober 2015 jumlah pemohon rumah kos rendah atau Rumah Selangorku Jenis A yang masih belum ditawarkan rumah bagi daerah Petaling adalah berjumlah 4,892 orang pemohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.