Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

148) RUMAH KUOTA BUMIPUTERA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap rumah yang dibina atas kuota bumiputera tetapi tidak dibeli sehingga tamat tempoh?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri pada 11 Ogos 2011 telah meluluskan Mekanisma Penyelenggaraan Kuota Bumiputera Negeri Selangor sebagai panduan kepada semua agensi kerajaan dan swasta khususnya pemaju dalam proses permohonan pelepasan unit- unit hartanah kuota Bumiputera termasuklah kategori perumahan. Pemaju boleh memohon untuk pelepasan kuota Bumiputera melalui empat (4) peringkat berdasarkan kriteria dan syarat- syarat yang telah ditetapkan.

    Antara kriteria dan syarat yang perlu dipatuhi oleh pemaju sebelum sesuatu rayuan permohonan pelepasan kuota Bumiputera diberikan, pemaju perlu mengemukakan beberapa maklumat atau aktiviti kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) seperti berikut :

     

    • Laporan projek yang mengandungi statistik jualan;

     

    • Salinan keratan akhbar- akhbar tempatan termasuklah akhbar Selangorkini, majalah, portal (website) yang mempromosikan hartanah- hartanah milik pemaju;

     

    • Salinan Sijil Perakuan Arkitek yang menunjukkan kemajuan projek di tapak;

     

    • Menyertai pameran hartanah Bumiputera yang dianjurkan samada oleh pihak LPHS atau

     

    Selain itu, pemaju perlu terlebih dahulu menjual kesemua unit- unit hartanah kuota bukan Bumiputera sebelum boleh memohon untuk pelepasan kuota Bumiputera.

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, peringkat- peringkat pelepasan kuota Bumiputera terbahagi kepada empat (4) peringkat seperti berikut :

     

    Peringkat Pertama – Kemajuan Projek 50%

    • Semua unit- unit hartanah bukan Bumiputera habis

     

    • Kemajuan projek di tapak mencapai 50% berdasarkan kepada Sijil Perakuan Arkitek.

     

    • Pemaju telah mempromosikan unit- unit hartanah berkenaan termasuklah mengiklankan di akhbar-akhbar tempatan berbahasa Melayu dan

     

    Peringkat Kedua – Kemajuan Projek 75%

     

    • Semua unit- unit hartanah yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera di Peringkat Pertama habis dijual dan telah membuat bayaran potongan harga Bumiputera kepada

     

    • Kemajuan projek di tapak mencapai 75% berdasarkan kepada Sijil Perakuan Arkitek.

     

    • Pemaju telah mengiklankan di akhbar- akhbar tempatan berbahasa Melayu dan Inggeris serta di

     

     

    Peringkat Ketiga – Siap dan mendapat CF/CCC

     

    • Semua unit- unit hartanah yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera di Peringkat Kedua habis dijual dan telah membuat bayaran potongan harga Bumiputera kepada
    • Kemajuan projek siap 100% dan mendapat CF/ CCC berdasarkan kepada Sijil Perakuan Arkitek.
    • Pemaju telah menyertai pameran hartanah yang dianjurkan samada oleh pihak LPHS, Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) mahupun pihak
    • Pemaju telah mengiklankan di akhbar- akhbar tempatan berbahasa Melayu dan

     

    • Peringkat Keempat – 6 bulan selepas mendapat CF/CCC
    • Semua unit- unit hartanah yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera di Peringkat Ketiga habis dijual dan telah membuat baaran potongan harga Bumiputera kepada

     

    • Projek telah mencapai enam (6) bulan selepas mendapat CF/CCC berdasarkan kepada Sijil Perakuan

     

    • Pemaju telah mengiklankan di akhbar- akhbar tempatan berbahasa Melayu dan

     

    Walaubagaimanapun, setiap pelepasan kuota BUmiputera yang diberikan, pemaju di kehendaki membuat bayaran balik potongan harga seperti berikut :

     

    • Bangunan Kediaman – 7% daripada harga jualan bagi setiap unit yang diberikan

     

    • Bangunan Perniagaan – 10% daripada harga jualan bagi setiap unit yang diberikan

     

    • Perusahaan/ Industri – 10% daripada harga jualan bagi setiap unit yang diberikan

     

    Kesemua bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Tabung Pengecualian Syarat Kuota Bumiputera Dan Sumbangan Pengecualian Pembinaan Rumah Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah

Lampiran

Tiada Lampiran.