Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

223) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah permohonan pendaftaran rumah mampu milik di negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2013.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2013, jumlah permohonan Rumah Mampu Milik yang berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor adalah seramai 3,817 orang pemohon. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Bil   Daerah   Jumlah
    1. Klang     99
    2. Petaling     2,120
    3. Gombak     126
    4. Hulu Langat     1,019
    5. Sepang     194
    6. Kuala Langat     14
    7. Kuala Selangor     10
    8. Hulu Selangor     212
    9. Sabak Bernam     21
    10. Terbuka     2
        Jumlah 3,817

Lampiran

Tiada Lampiran.