Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

90) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk rakyat Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, demi memberi kebajikan dan peluang kepada lebih ramai penduduk Negeri Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah mampu milik serta memperbanyakkan lagi rumah-rumah mampu milik di Negeri Selangor, beberapa insentif / bentuk kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah diperkenalkan iaitu,

    • Membenarkan peningkatan densiti pembangunan di antara 90 unit per ekar sehingga 120 unit per ekar tertakluk kepada zon pembangunan dengan mengambilkira kesesuaian lokasi / tapak cadangan, kemudahan infrastruktur seperti jalan keluar masuk (keperluan Laporan “Traffic Impact Assessement” (TIA) dan keperluan mematuhi syarat teknikal yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Menyediakan Pusat Setempat (One Stop Centre) di LPHS melalui Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku bagi membincangkan komponen penyediaan Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku dan memudahcara/ mempercepatkan proses-poses permohonan / kelulusan.
    • Mempromosikan / menyebarluaskan projek-projek rumah mampu milik yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor supaya diketahui oleh rakyat jelata bagi memudahkan rakyat membuat semakan /
    • Saling mendapatkan / mengemukakan senarai pembeli yang layak untuk membeli unit-unit rumah mampu milik supaya hanya mereka yang benar- benar layak sahaja dapat membeli unit-unit berkenaan (sampai kepada golongan sasar).
    • Selain itu, Kerajaan Negeri juga bersedia berbincang dengan Kerajaan Persekutuan khususnya berkenaan dengan penyediaan Perumahan Awam / Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kerajaan Negeri akan berperanan dalam mengenalpasti lokasi dan menyediakan tapak yang bersesuaian dan Kerajaan Persekutuan akan menyediakan dana / peruntukkan bagi menjayakan projek tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.