Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

213) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan lokasi rumah mampu milik yang telah dirancang dan akan dibina oleh Kerajaan Negeri mengikut susunan tahun ia dibina, jumlah unit, keluasan dan harga mengikut Daerah masing-masing di Negeri Selangor?

    Untuk makluman Y.B, Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah merancang serta mensasarkan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 11,356 unit menjelang tahun 2021. Pembinaan rumah mampu milik ini akan dibina secara berfasa iaitu Fasa 1 akan dibina dalam tahun 2010 hingga 2013 adalah sebanyak 1,775 unit manakala Fasa 2 sebanyak 9,581 unit yang akan dibina dalam tahun 2014 hingga 2021. Pecahan perincian projek mengikut tahun dan jenis rumah adalah seperti berikut :

    • Fasa 1 (2010 – 2013)
    Daerah Projek Unit
    Petaling Seksyen U12, Shah Alam 104
    Sutera Damansara, Sg Buloh 236
    Gombak Kg Seri Temenggung 418
    Seksyen 5, Kota Puteri 198
    Klang Jalan Md Sidin 210
    Hulu Selangor Antara Gapi 129
    Sabak Bernam Pusat Rehat & Rawat Ladang Air

    Manis

    480
      Jumlah 1,775
    • Fasa 2 (2014 – 2021)
    Daerah Projek Unit
    Petaling Seksyen U10, Shah Alam 600
    Seksyen U12 850
    Gombak Kota Puteri 1,064
    Sepang Selangor Science Park 2 840
    Hulu Selangor Antara Gapi 1,227
    Bernam Jaya 5,000
      Jumlah 9,581

    Untuk makluman Y.B juga, secara umumnya harga jualan rumah mampu milik yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada masa ini adalah dalam lingkungan RM85,000.00 hingga RM150,000.00 seunit untuk keluasan di antara 850 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi.

Lampiran

Tiada Lampiran.