Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

187) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berperancangan menyediakan rumah mampu milik di DUN Sungai Pelek?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mensasarkan setiap daerah sekurang- kurangnya mempunyai satu projek Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang dibina oleh Kerajaan Negeri. Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan khusus untuk menyediakan Rumah Selangorku di DUN Sungai Pelek.

     

    Namun begitu, Kerajaan Negeri telah meluluskan 4 projek Rumah Selangorku yang di bina oleh pihak swasta. Senarai 4 projek Rumah Selangorku adalah seperti di Jadual 1.

     

    Jadual 1 : Senarai Projek Rumah Mampu Milik di Daerah Sepang

     

    Bil Projek Pemaju Bilangan Unit
    1. Lot 3514, Mukim Sepang, Daerah Sepang. Mainstay Development Sdn. Bhd. 28
    2. Hakmilik PM 4851 Lot 786,

    PM 4852 Lot 787, Mukim Dengkil, Daerah Sepang.

    Wandeerfull Property Development Sdn. Bhd. 176

     

    Bil Projek Pemaju Bilangan Unit
    3. Taman Putra Impiana Di Atas Lot PT 49685, PT 49687 Dan PT 49688,

    Mukim Dengkil, Daerah Sepang.

    Usahasama Utama Sdn. Bhd. 376
    4. Di Blok 19, Cyberjaya, Mukim Dengkil, Daerah Sepang. Sterling Prima Sdn.

    Bhd.

    960
    JUMLAH 1,540

     

Lampiran

Tiada Lampiran.