Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

188) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan rumah mampu milik di DUN Teratai dalam tahun 2013-2015?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) pada ketika ini masih lagi mengenal pasti tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang strategik untuk dibangunkan dengan Projek Perumahan Mampu Milik Selangor.

     

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan khusus bagi penyediaan rumah mampu milik di DUN Teratai. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan membuat kajian/ survey terhadap permintaan rumah mampu milik di DUN Teratai sebelum pembangunan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.