Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

245) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membina rumah mampu milik di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Sila beri pecahan mengikut bilangan, saiz unit, kepadatan dan harga unit

    Untuk makluman Y.B, Kerajaan  Negeri  melalui  anak  syarikatnya  iaitu  Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama OSK Property Holdings Berhad akan membina sebanyak 236 unit rumah mampu milik di Sutera Damansara, Sungai Buloh berkeluasan di antara 828 kaki persegi hingga 838 kaki persegi seunit. Harga jualan seunit rumah tersebut adalah di antara RM85,000.00 hingga RM120,000.00. Status projek terkini di peringkat kelulusan Pelan Bangunan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

     

    Selain itu, terdapat satu lagi projek perumahan mampu milik yang sedang dirancang yang akan dibangunkan oleh Tetuan Kwasa Land Sdn. Bhd. Tapak cadangan projek adalah di tanah Rubber Research Institute Malaysia (RRI) Sungai Buloh. Dianggarkan sebanyak 6,000 unit rumah mampu milik akan di bina dengan berkeluasan di antara 750 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi seunit. Anggaran harga jualan seunit rumah adalah di antara RM85,000.00 hingga RM250,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.