Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

61) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan DUN Sungai Pelek di tahun 2017 sekiranya ada tempat yang bersesuaian?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini hanya terdapat 1 projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang melibatkan 15 unit Rumah Selangorku pada tahun 2015. Perincian projek tersebut adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Perincian Projek Pembangunan Rumah Selangorku

    Bil. Pemaju Lokasi Jenis

    Pembangunan

    Keluasan

    (kp)

    Bil.

    Unit

    Harga

    Jualan

    (RM)

    1. Sim Chong

    Yong dan

    Yap Hoong

    Lot 2194,

    Pekan

    Sungai

    Pelek,

    Daerah

    Sepang

    Rumah

    Selangorku

    Jenis Teres

    900 – 1,000 15 200,000 –

    250,000

    Bagi tahun 2017 Kerajaan Negeri masih tiada perancangan di dalam menyediakan Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku di DUN Sungai Pelek bagi tanah-tanah kerajaan manakala bagi tanah hakmilik pula, masih belum terdapat pemilik tanah / pemaju swasta mengemukakan sebarang permohonan bagi pembangunan perumahan sebagaimana syarat yang telah di tetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.