Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

247) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah rancangan rumah mampu milik atau rumah kos rendah meliputi kawasan DUN Sg Pelek ?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) pada ketika ini masih lagi mengenal pasti tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang strategik untuk dibangunkan dengan Projek Perumahan Mampu Milik Selangor.

     

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan khusus bagi penyediaan rumah mampu milik di DUN Sg. Pelek. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan membuat kajian/ survei terhadap permintaan rumah mampu milik atau rumah kos rendah di DUN Sg Pelek sebelum pembangunan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.