Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

140) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perbezaan rumah mampu milik Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan?

    Antara Perbezaan ketara di antara rumah mampu milik yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor dengan yang dilaksanakan oleh Kerajaan

    Persekutuan adalah seperti berikut:

    Perbezaan   Kerajaan Negeri   Kerajaan Persekutuan
    Nama Rumah Mampu

    Milik

    Rumah      Mampu      Milik      Selangor

    Konsep Baru

    Projek Rumah 1 Malaysia (PR1MA)
    Agensi Pelaksana Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan Pemaju Swasta Entiti Kerajaan Persekutuan (PR1MA)
    Kelayakan Pendapatan Pendapatan isirumah di antara RM2,500- RM5,000 sebulan Pendapatan isirumah di bawah RM6,000 sebulan
     
    Harga Jualan Di bawah RM120,000 seunit Antara RM150,000 hingga RM300,000 seunit.
     
    Saiz Rumah 850 – 1,000 kaki persegi 850 – 1,400 kaki persegi.
    Kumpulan Sasaran 1.     Tidak memiliki rumah kecuali bagi mereka yang memiliki RKR lebih 5 tahun.

    2.     Keutamaan      untuk golongan berikut:

    –      Golongan di bawah 35 tahun.

    –      Warga emas.

    –      Golongan   Kelainan          Upaya (OKU).

    Terbuka        kepada pembeli pertama.
     
    Kebenaran           Pindah Selepas 5 tahun Selepas 10 tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.