Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

92) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah mampu milik yang sudah dan senang dibina?

    Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mensasarkan untuk membina sejumlah kira-kira 11,000 unit Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2016 dan tambahan 10,000 unit lagi untuk tempoh 5 tahun yang berikutnya. Sebagai langkah permulaan, PKNS telah merancang untuk membina sebanyak 1,948 unit sehingga penghujung tahun 2012 dengan lokasi-lokasi adalah seperti berikut:

      Kawasan   Jenis   Bilangan   Status Pelaksanaan
        Perumahan Unit  
      Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat Pangsapuri 124 14% Kerja-kerja di tapak
      Seksyen U12, Shah Alam, Petaling (PKNS

    /Debbin Sdn. Bhd),

    Pangsapuri 96 Menunggu Kelulusan

    Kebenaran

    Merancangdari

    MBSA

      Seksyen       U12,       Shah

    Alam, Petaling (PKNS /

    Must Ehsan Sdn. Bhd.)

    Pangsapuri 400 Konsep pembangunan sedang disediakan.
      Antara        Gapi,        Hulu

    Selangor

    Town House 128 Pindaan Pelan

    Susunatur telah dikemukakan kepada

          MDHS
    Kota        Puteri,       Kuala

    Selangor

    Town House 300 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Kg.    Seri           Temenggong, Gombak Pangsapuri 500 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Taman Sains Selangor II, Sepang Pangsapuri 400 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Jumlah   1,948  

    Di samping Projek Rumah Mampu Milik yang dilaksanakan oleh PKNS, Kerajaan Negeri juga telah menerima beberapa permohonan daripada pemaju untuk melaksanakan Projek Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru. Sehingga kini terdapat 671 unit rumah yang telah dan akan dibina. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

    Kawasan   Jenis   Bilangan   Status Pelaksanaan
      Perumahan Unit  
    Taman Alam Budiman

    Seksyen U10, Shah

    Alam

    Pangsapuri 536 EXCO telah luluskan pada 30 Nov 2011
    Bandar Sg. Long,

    Cheras Daerah Hulu

    Langat

    Pangsapuri 135 Dalam pembinaan (70%)
    Jumlah   671    

Lampiran

Tiada Lampiran.