Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

31) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan untuk penyediaan Rumah Mampu Milik? Apakah perbezaannya dengan Rumah Kos Rendah dan berapa unit yang sudah dibina?

    Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sahaja telah mensasarkan untuk membina sejumlah kira-kira 11,000 unit Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2016 dan tambahan 10,000 unit lagi untuk tempoh 5 tahun yang berikutnya. Ini tidak termasuk cadangan pembinaan oleh pemaju swasta yang lain.

    Sebagai langkah permulaan, PKNS telah membina dan merancang sebanyak 1,948 unit manakala pihak pemaju swasta pula telah mula membina sebanyak

    135 unit dan merancang untuk membina 536 unit sehingga penghujung tahun 2012. Lokasi-lokasi pembinaan Projek Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru adalah seperti berikut:

    Kawasan   Jenis   Bilangan   Status Pelaksanaan
      Perumahan Unit  
    Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat Pangsapuri 124 14% Kerja-kerja di tapak
    Seksyen U12, Shah Alam, Petaling (PKNS

    /Debbin Sdn. Bhd),

    Pangsapuri 96 Menunggu Kelulusan

    Kebenaran

    Merancangdari

    MBSA

    Seksyen       U12,       Shah

    Alam, Petaling (PKNS /

    Must Ehsan Sdn. Bhd.)

    Pangsapuri 400 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Antara        Gapi,        Hulu

    Selangor

    Town House 128 Pindaan Pelan

    Susunatur telah dikemukakan kepada

    MDHS

    Kota        Puteri,        Kuala

    Selangor

    Town House 300 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Kg.    Seri    Temenggong, Gombak Pangsapuri 500 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Taman Sains Selangor II, Sepang Pangsapuri 400 Konsep pembangunan sedang disediakan.
    Jumlah 1,948    

    Di samping itu juga, terdapat beberapa Projek Perumahan Mampu Milik yang telah diluluskan Kerajaan Negeri untuk dibangunkan oleh pihak swasta.

    Sehingga kini terdapat dua (2) projek yang telah dimuktadkan iaitu:

    Kawasan   Jenis   Bilangan   Status Pelaksanaan
      Perumahan Unit  
    Taman Alam Budiman

    Seksyen U10, Shah

    Alam

    Pangsapuri 536 EXCO telah luluskan pada 30 Nov 2011
    Bandar Sg. Long,

    Cheras Daerah Hulu

    Langat

    Pangsapuri 135 Dalam pembinaan (70%)
    Jumlah   671    

    Antara perbezaan yang ketara antara Perumahan Mampu Milik Selangor Konsep Baru ini dengan dengan Rumah Kos Rendah adalah seperti berikut:

    Perbezaan   Rumah Mampu Milik   Rumah Kos Rendah
      Selangor Konsep Baru  
    Keluasan (kp) 850 kp – 1,000 650 kp – 700 kp
     
    Harga Jualan RM85,000 – RM150,000.00 RM42,000.00 (maksimum)
     
    Pendapatan 1.   Golongan berpendapatan sederhana dengan pendapatan isirumah di antara RM2,500.00 –

    RM5,000.00 sebulan.

    2.   Tidak memiliki sebarang jenis kecuali Rumah Kos Rendah yang melebihi 5 tahun.

    3.   Keutamaan untuk golongan berikut:

    –    Golongan di bawah 35 tahun.

    –    Warga emas.

    –    Golongan Kelainan Upaya (OKU).

    1.    Golongan berpendapatan rendah dengan pendapatan isirumah di bawah RM2,500.00 sebulan.

    2.    Tidak memiliki sebarang jenis rumah.

    Isirumah
     

Lampiran

Tiada Lampiran.