Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

230) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek dan jumlah rumah mampu milik yang telah dilancarkan tetapi masih belum dibina hingga sekarang dan apakah sebab-sebabnya?

     

    Bermula Mac 2015, Kerajaan Negeri melalui Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku yang disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor telah melancarkan sebanyak 13 projek Rumah Selangorku yang melibatkan 20,008 unit. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 1 projek telah siap dibina sebanyak 536 unit, 7 projek sedang dalam pembinaan sebanyak 12,699 unit dan terdapat 5 projek yang masih belum dibina dan butiran projek adalah seperti berikut :-

     

    Bil. Pemaju Lokasi Bil. Unit Sebab – Sebab / Status
     

     

     

    1.

     

    Selaman Sejati Sdn.

    Bhd. (Selaman Sdn. Bhd.)

     

    Lot 9754 PT

    18288 Jalan Rusa, Mukim Klang, Daerah Klang.

     

     

     

    84

    i.             Isu jalan masuk belum diselesaikan, maka kelulusan Kebenaran Merancang tidak dapat dikeluarkan. Pihak pemaju perlu menyelesaikan isu pengambilan tanah.

    ii.           Kerja tanah sedang dijalankan.

     

     

    2.

    Semai Meranti Sdn. Bhd. (Mah Sing Group

    Berhad)

     

    Di Atas PT 2802 HS(D) 75285,

    Mukim Rawang Daerah Gombak.

     

     

    488

    i.             Pembangunan akan mula dibina sehingga pembangunan tapak Elite Park habis dijual.

    ii.           Kerja tapak masih belum dijalankan.

     

     

     

    3.

    Seribu Baiduri Sdn. Bhd. (LBS Bina Group Berhad) Di Atas Lot 32884, 32885 & 62611

    (32886), Bandar Saujana Putra, Mukim Tanjung Dua Belas,

    Daerah Kuala

     

     

     

    1,312

    i.              Permohonan Pelan Bangunan akan dibuat setelah proses pencantuman tanah dan isu di Jabatan Bomba & Penyelamat selesai. (Kerja tanah sedang dijalankan)

    ii.            Kerja tanah sedang dijalankan.

     

        Langat, Selangor

    Darul Ehsan.

       
     

     

    4.

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

    (PKNS)

    Di Atas PT11466 Dan  PT11415 Kg.

    Sri    Temenggung,

    Mukim             Batu Daerah Gombak.

     

     

    418

     

    Pembangunan dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2016.

     

     

    5.

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di     Seksyen     9, Kota              Puteri,

    Bandar            Batu

    Arang,                     Daerah Gombak.

     

     

    4,471

     

    Pembangunan  bagi  Fasa  1  (140 unit) dan Fasa 2 (210 unit) dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.