Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

11) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah unit Rumah Mampu Milik yang akan dibina oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015?

    Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 6 projek Rumah Selangorku yang mengandungi 1,532 unit yang dijangkakan akan dibina oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya pada tahun 2015 ini. Pihak yang terlibat adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Selaman Sejati Sdn. Bhd. dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Pecahan keenam- enam projek Rumah Selangorku tersebut adalah seperti berikut :

    Bil Pemaju Projek Bil. Unit Harga Jualan (RM)
    1.  

     

    PKNS

    Antara Gapi, Serendah, Hulu Selangor 80 250,000.00
    2. Taman Rasa, Serendah, Hulu Selangor 66 200,000.00
    3. PKNS Kg Sri Temenggung, Gombak 418 165,000.00
    4. PNSB Ladang Air Manis, Sabak Bernam 260 100,000.00 –

    220,000.00

    5. Selaman Sejati Sdn.

    Bhd.

    Jalan Rusa, Daerah Klang 84 42,000.00 –

    180,000.00

    6. LPHS Taman Ukay Indah, Sg. Sering, Daerah Gombak. (Fasa 1) 624 220,000.00
     

    JUMLAH

     

    1,532

     

Lampiran

Tiada Lampiran.