Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

30) RUMAH MAMPU MILIK DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah unit rumah mampu milik dirancangkan dan berapakah unit telah mula bina?

    Untuk makluman Y.B, kerajaan negeri bersama- sama pemaju swasta telah membuat perancangan yang komprehensif mengenai keperluan perumahan mampu milik dalam usaha untuk memastikan rakyat Selangor mampu memiliki rumah idaman mereka. Oleh itu, pembinaan rumah mampu milik bukan hanya terhad kepada pihak kerajaan sahaja malah pihak swasta juga turut

    Untuk makluman Y.B juga, Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mensasarkan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 10,696 unit menjelang tahun 2018. Pembinaan rumah mampu milik ini akan dibina secara berfasa iaitu Fasa 1 akan dibina dalam tahun 2010 hingga 2013 adalah sebanyak 1,215 unit manakala Fasa 2 sebanyak 9,481 unit yang akan dibina dalam tahun 2014 hingga 2018.

    Selain itu, kerajaan negeri juga telah meluluskan 6 projek kepada pihak pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik. Walaubagaimanapun, jumlah unit yang perlu dibina tidak dapat dikemukakan disebabkan pemaju belum mengemukakan pelan cadangan pembangunan serta pelan Kebenaran Merancang kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

    Untuk makluman Y.B juga, sehingga kini bilangan unit rumah mampu milik yang sedang dalam pembinaan adalah sebanyak 1,682 unit yang dibina oleh PKNS dan pemaju swasta.

Lampiran

Tiada Lampiran.