Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

97) RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua projek rumah mampu milik di Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dari 2008 sehingga sekarang. Nyatakan jumlah unit setiap projek ini.

    1. Dasar Perumahan Negeri Selangor iaitu untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor mensasarkan pembinaan 15,000 unit Rumah Selangorku akan dibina sehingga tahun 2018.

     

    Berdasarkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dari tahun 2010 sehingga kini serta projek-projek yang telah mendapat kelulusan Kebenaran merancang (KM), terdapat sebanyak 1,782 unit rumah telah siap dibina, sebanyak 511 unit rumah sedang dibina dan sebanyak 5,091 unit rumah belum dibina. Perinciannya adalah seperti berikut :-

     

    1. Projek Rumah Mampu Milik yang telah disiapkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

     

    Bil. PBT Pemaju / Pemaju Usahasama Projek Bil. Unit
    1. MPKj Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Daerah Hulu Langat. 124

    (Jenis B)

    2. MPS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di Bukit Botak, Selayang, Daerah Gombak. 1,422

    (Jenis B)

    3. MBPJ Semponia Sdn. Bhd. & Country Wheel Sdn. Bhd. & (PNSB) Lot PT 11904 (HSD 261773),  Sutera Damansara, Mukim Pekan Baru Sungai Buloh, Daerah Petaling. 236

    (Jenis B)

    JUMLAH 1,782

     

    1. Projek Rumah Selangorku yang sedang dibina oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

     

    Bil. PBT Pemaju / Pemaju Usahasama Projek Bil. Unit Tarikh Sasaran Untuk Siap Dibina
    1. MBSA (PKNS) & Debbin Sdn. Bhd. Sebahagian Lot 8093, Persiaran Seri Wangi, Desa Alam Seksyen U12, Shah Alam, Daerah Petaling. 20

    (Jenis B)

    84

    (Jenis C)

    Dis 2016
    2. MDHS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di Atas Sebahagian PT1 HS(D) 39397 Seksyen 1D (Fasa 1), Antara Gapi, Bandar Sungai Chik, Daerah Hulu Selangor. 129

    (Jenis D)

    Dis 2016
    3. MDHS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di PT 1 Blok 1, Di Seksyen 1, Antara Gapi, Bandar Sungai Chik, Daerah Hulu Selangor. 80

    (Jenis D)

    2017
     

    PROJEK DIBAWAH SKIM INSENTIF GALAKAN RUMAH SELANGORKU 2015

     

    4. MPS  

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

     

    Di Seksyen 5, Kota Puteri, Bandar Batu Arang, Daerah Gombak.  

    198

    (Jenis C)

     

    Dis 2016
    JUMLAH 511  
    • Projek Rumah Selangorku yang belum dibina oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

     

    Bil. PBT Pemaju / Pemaju Usahasama Projek Bil. Unit Tarikh Sasaran Untuk Siap Dibina
    1. MDKS Kumpulan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (SAP Holding Berhad ) HS(D) 5289 PT 620 Dan HS(D) 5290 PT 621 Bandar Kuala Selangor, Daerah Kuala Selangor. 91

    (Jenis D)

    2019
    2. MDHS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Ke Atas Hakmilik PN 104069 Lot 18977, Taman Keruing Rasa, Mukim Batang Kali Daerah Hulu Selangor. 65

    (Jenis D)

    2019
    3. MBSA Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di Taman Bukit Impian Seksyen U10 Shah Alam, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling. 46

    (Jenis D)

    2019
    PROJEK DIBAWAH SKIM INSENTIF GALAKAN RUMAH SELANGORKU 2015
    4. MPS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  

    Di Seksyen 9, Kota Puteri, Bandar Batu Arang, Daerah Gombak.

     

    4,471 2018
    5. MPS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Di Atas PT11466 Dan PT11415 Kg. Sri Temenggung, Mukim Batu Daerah Gombak.  

    418

    (RMM)

     

    2018
    JUMLAH 5,091  

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.