RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT BERTARAF DUNIA
47) RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT BERTARAF DUNIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan memaklumkan kepada ADUN Bangi bahawa Kerajaan Negeri dengan kerjasama PKNS akan memulakan projek perumahan mampu milik oleh rakyat bertaraf dunia di Bangi. Apakah maksud dan konsep rumah mampu milik oleh rakyat berpendapatan rendah bertaraf dunia itu?
Konsep perumahan mampu milik yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri ialah :
- Rumah untuk golongan berpendapatan sederhana
- Sejajar dengan gaya dan nilai hidup bandar
- Menjana semangat kejiranan
- Memenuhi keperluan warga emas dan kurang upaya
- Pembangunan berdensiti tinggi dan berintegrasi tinggi
Berkonsep :
- Pengawasan Keselamatan
- Reka bentuk yang ekonomi
- Mesra Alam
