Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

72) RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah strategi kerajaan untuk membina rumah ini di semua kawasan termasuk di kawasan bandar?

    Sebagai peringkat permulaan beberapa strategi telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri dalam memperbanyakkan dan mempergiatkan pembinaan rumah mampu milik iaitu;

    1. Mengkaji semula dasar perumahan sedia dengan dengan memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor. Dasar yang digunapakai kini lebih menekankan kepada penyediaan rumah kos rendah (RM42,000.00), rumah kos sederhana rendah (RM72,000.00) dan rumah kos sederhana (RM100,000.00) dan pembentukan dasar baru kelak akan menekan kepada perumahan mampu milik yang lebih komprehensif dan menyeluruh dengan penyediaan rumah dari harga jualan bermula RM42,000.00 seunit sehingga kepada harga jualan tidak melebihi RM250,000.00 seunit. Dasar ini dijangka akan dimuktamadkan selewatlewatnya pertengahan September 2013.
    2. Memperkasakan peranan-peranan agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah dan Selangor (LPHS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk terlibat secara lebih giat lagi dalam pembinaan rumah mampu milik yang lebih selesa dan berkualiti pada harga mampu milik.
    3. Penetapan syarat kepada pemaju untuk turut sama terlibat dalam penyediaan rumah mampu sebagaimana penetapan syarat penyediaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana yang digunapakai sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.