Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

165) RUMAH MAMPU MILIK RM 100,000

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah matlamat utama perlaksanaan projek rumah mampu milik di Negeri Selangor khususnya di Lembah Klang ?

    Matlamat utama pelaksanaan Projek Perumahan Mampu Milik Konsep Baru di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    1. Memberi pilihan kepada rakyat Negeri Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa pada harga yang mampu dimiliki dalam lingkungan RM85,000 berpatutan sehingga RM120,000. Laporan Indeks Harga Rumah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia mendapati purata harga jualan rumah di Negeri Selangor pada tahun 2009 adalah RM272,285 seunit dan meningkat kepada RM301,443 seunit pada tahun 2010.
    2. Membantu golongan berpendapatan sederhana iaitu pendapatan di bawah RM5,000 sebulan khususnya golongan muda di bawah umur 35 tahun memiliki rumah pertama yang lebih selesa. Kajian mendapati penduduk di Negeri Selangor terdiri daripada 40% berpendapatan kurang RM2,500.00, 40% berpendapatan RM2,500.00 hingga RM5,000.00 dan 20% lagi berpendapatan melebihi RM5,000.00.
    3. Memberi pilihan kepada pemaju untuk menyediakan rumah mampu milik konsep baru di samping keperluan penyediaan rumah kos rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.