RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU
3) RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan secara terperinci semua cadangan Projek Rumah Mampu Milik Selangorku yang bakal dibina di Negeri Selangor?
Untuk makluman B, sehingga kini kerajaan negeri telah mensasarkan sebanyak 44 projek yang melibatkan lebih kurang 18,372 unit Rumah Mampu Milik Selangorku yang bakal dibina di seluruh negeri Selangor. Sasaran ini adalah melibatkan projek- projek yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), perancangan yang dibuat oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Senarai terperinci 44 projek rumah mampu milik tersebut adalah seperti di Lampiran A.
