Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

162) RUMAH PANGSA HULU SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan rumah-rumah pangsa yang di selenggara oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor dalam DUN Batang Kali.

    Merujuk kepada Seksyen 4 (1) Akta Bangunan dan Harta Bersama

    (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) yang menyatakan :

    Seksyen 4. Penubuhan Badan Pengurusan Bersama

    (1) Jika sesuatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecah bahagi kepada petak telah disiapkan :-

    • sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan milikan kosong petak itu telah diserahkan oleh pemaju kepada pembeli tetapi Perbadanan Pengurusan belum wujud, suatu Badan Pengurusan Bersama hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada dua belas bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
    • pada tau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, suatu Badan Pengurusan Bersama hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong petak itu kepada pembeli.

    Merujuk kepada Seksyen 8 (1)(a), Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 6630 yang menyatakan :

    Seksyen 8. Tugas dan kuasa Badan Pengurusan Bersama

    (1)       Tugas badan termasuk yang berikut :

    (a) untuk menyenggarakan harta bersama dengan sempurna dan menjaga harta bersama itu dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;

    Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, rumah-rumah pangsa dalam DUN

    Batang Kali adalah di bawah penyenggaraan dan pengurusan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) yang mana kewajipan untuk menubuhkan JMB telah dinyatakan pada Seksyen 4 Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan ) 2007 (Akta 663).

    Manakala bagi kawasan yang tidak mempunyai JMB, ia akan disenggara oleh ejen pengurusan yang dilantik oleh Pesuruhjaya Bangunan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 25 Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan ) 2007 (Akta 663).

    Tiada rumah-rumah pangsa yang disenggara oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.

    Terdapat 351 kawasan pemajuan yang terdiri daripada pangsapuri, apartmen dan kedai pejabat dalam daerah Hulu Selangor dengan pecahan dan maklumat pengurusan seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.