Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

90) RUMAH PRIHATIN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan rumah prihatin yang bernilai tidak melebihi RM30,000 yang telah dibina di Kuala Langat sejak tahun 2013 hingga sekarang. Sila beri senarai penuh mengikut tahun.

    Merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Banting, sejak tahun 2013 sehingga kini, had siling bagi sebuah rumah yang dibina di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah melebihi RM30,000.00. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2010 sehingga 2017, Kerajaan Negeri telah menetapkan had siling berjumlah RM35,000.00 bagi seunit rumah 3 bilik berkeluasan 660 kaki persegi. Walau bagaimanapun, had siling ini telah dinaikkan kepada RM50,000.00 mulai tahun 2017 dan digunapakai sehingga kini berdasarkan harga pasaran barang mentah dan keperluan semasa. Berikut adalah merupakan butiran kenaikan had siling di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin dari tahun 2001 sehingga kini :

    Untuk makluman Yang Berhormat Banting, penerima manfaat di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin bagi daerah Kuala Langat sejak tahun 2013 sehingga kini adalah seramai 98 keluarga. Butiran penuh mengikut tahun adalah seperti berikut.

Lampiran

Tiada Lampiran.