Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

121) RUMAH RAKYAT (COUNCIL HOMES)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PBT mana yang menawarkan "Council Homes" pada masa ini?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini 8 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyediakan Council Home’ dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan masing-masing seperti berikut:
    Bil. COUNCIL HOMES / PPR Bil. Unit PBT
    1. Council Homes Taman Samudera, Selayang 71 MPS
    2. Council Homes Apartment Seri Cempaka, Bangi 200 MPKj
    3. Council Homes Bandar Kinrara, Puchong 238 MPSJ
    4. Council Homes Pangsapuri Seri Kayang 50
    5. Council Homes Jalan Jelai, Klang 32 MPK
    6. Council Homes Bukit Tinggi 1, Klang 98
    7. Council Homes Desa Lembah Permai, Ampang 30 MPAJ
    8. PPR Taman Putra Damai 3,004 MBPJ
    9. PPR Kota Damansara 1,152
    10. PPR Kg. Baru Hicom 980 MBSA
    11. PPR Taman Tasik Teratai 300 MDHS
      JUMLAH KESELURUHAN 6,155  

Lampiran

Tiada Lampiran.