Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

93) RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN BUKIT FRASER

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memperbaiki kerosakan Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman Bukit Fraser yang penuh dengan tempahan pada hujung minggu. Jika tidak, nyatakan sebabnya

    Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman, Bukit Fraser adalah  Rumah  Rehat  Kerajaan Negeri Selangor yang diurus selia oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Rumah Rehat ini adalah terbuka untuk sewaan kepada kakitangan Kerajaan dan orang awam serta orang kenamaan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Tempahan untuk sewaan Rumah Rehat ini mendapat sambutan menggalakkan kerana kadar sewaan yang rendah sebanyak RM 60 satu malam bagi sebuah rumah untuk pegawai Kerajaan dan kakitangan awam. Manakala untuk orang awam kadar sewaan serendah RM 200 satu malam bagi sebuah rumah.

     

    Rumah Rehat ini mengandungi 4 buah bilik / 4 buah bilik air, ruang tamu dan ruang makan yang dilengkapi dengan kemudahan asas serta peralatan dan perabot rumah. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) sentiasa membuat pemantauan keadaan Rumah Rehat tersebut serta telah mengenalpasti beberapa kerosakan dan keperluan untuk dibaik pulih kerosakan tersebut. Perancangan dan tindakan membaik pulih kerosakan kecil telah dilaksanakan pada tahun 2012. Manakala perancangan untuk membaiki kerosakan besar seperti penukaran kertas dinding (wall paper), saluran air hujan (gutter), kebocoran siling, sistem pendawaian elektrik, penukaran karpet dan mengecat rumah telah dimasukkan dalam permohonan bajet bagi tahun 2015.

     

    Pentadbiran BKP akan sentiasa memantau keadaan Rumah Rehat tersebut serta mengambil tindakan bagi setiap aduan dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan. Tindakan ini perlu dilaksanakan untuk memastikan penyelenggaraan berterusan dapat dijalankan supaya keadaan rumah dapat dipelihara.

     

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN

    LAPORAN STATISTIK PENGGUNAAN SISTEM TEMPAHAN BAGI BULAN JANUARI HINGGA DISEMBER 2013

    e-tempahan.selangor.gov.my

    BULAN BILANGAN TEMPAHAN / PERMOHONAN
    JANUARI 3
    FEBRUARI 9
    MAC 5
    APRIL 6
    MEI 7
    JUN 8
    JULAI 1
    OGOS 2
    SEPTEMBER 10
    OKTOBER 9
    NOVEMBER 5
    DISEMBER 6
    JUMLAH 71

     

    LAPORAN STATISTIK PENGGUNAAN SISTEM TEMPAHAN BAGI BULAN JANUARI HINGGA MEI 2014

     

    BULAN BILANGAN TEMPAHAN / PERMOHONAN
    JANUARI 4
    FEBRUARI 5
    MAC 7
    APRIL 4
    MEI 11

     

Lampiran

Tiada Lampiran.