Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

33) RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN DAN BANGLO SERI SELANGOR BUKIT FRASER

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos sebenar secara terperinci yang telah dibelanjakan untuk kerja-kerja naik taraf Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser

    Kos sebenar bagi Kerja-kerja Naik Taraf Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser adalah berjumlah RM1,647,804.19 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Enam Ratus Empat Puluh Tujuh Ribu Lapan Ratus Empat Ringgit dan Sembilan Belas Sen Sahaja) dan Pengurus Projek bagi kerja-kerja baik pulih kedua-dua banglo tersebut adalah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.