Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

132) RUMAH-RUMAH IBADAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kesemua rumah-rumah ibadat dan apakah nama-nama mereka mengikut komposisi agama di Negeri Selangor ini?

    Mengikut statistik terkini, sebanyak 2,510 buah rumah ibadat telah dibina secara
    keseluruhannya. Bagi kuil, tokong, gereja ianya berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran
    Pertubuhan Negeri Selangor. Mana kala bagi masjid dan surau di bawah pentadbiran
    Jabatan Agama Islam Selangor. Senarai nama-nama rumah ibadat tersebut adalah
    seperti di Lampiran A. Berikut adalah pecahan rumah-rumah ibadat tersebut mengikut
    komposisi agama.
    BIL DAERAH TOKONG KUIL GEREJA MASJID SURAU
    1. Petaling 22 20 22 71 381
    2. Kuala Langat 8 4 1 33 130
    3. Klang 55 13 9 40 232
    4. Hulu Langat 19 2 2 45 356
    5. Gombak 11 3 1 38 212
    6. Sabak Bernam 19 – – 47 221
    7. Kuala
    Selangor
    10 5 – 51 158
    8. Hulu Selangor 3 7 – 23 132
    9. Sepang 2 4 1 22 73
    JUMLAH 149 60 36 370 1895

Lampiran

Tiada Lampiran.