Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

75) RUMAH-RUMAH IBADAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah prosedur, kajian secara rapi dan menyeluruh telah diadakan sebelum projek pembinaan rumah ibadat diluluskan di peringkat agensi kerajaan? Turut mengambil kira faktor kontraktor dan pendapat penduduk berdekatan sekiranya perlu

    Setiap pembinaan rumah-rumah ibadat dikaji secara menyeluruh dari segala aspek.
    Semua permohonan untuk mendirikan rumah-rumah ibadat di Negeri Selangor perlu
    mendapatkan Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan daripada PBT
    untuk memastikan pembinaan rumah ibadat tersebut mematuhi segala peraturan yang
    ditetapkan oleh PBT. Selain itu, setiap permohonan juga akan dipertimbangkan melalui
    laporan teknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran,
    Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor.
    Manakala urusan pelantikan kontraktor adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri
    atau PBT. Kontraktor adalah dilantik terus oleh Jawatankuasa/Persatuan rumah ibadat
    terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.