Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

58) RUMAH-RUMAH URUT TIDAK BERLESEN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak rumah urut beroperasi di sebalik perniagaan kedai penjagaan kesihatan, Refleksologi, SPA dsbnya. Apakah tindakan PBT menangani masalah ini. Bagaimana Operasi Bersepadu yang dibuat tidak berkesan sedangkan terdapat agensi penguatkuasaan yang lain terlibat?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, Pihak Berkuasa Tempatan sering menjalankan operasi dan pemantauan terhadap premis-premis penjagaan kesihatan, refleksologi dan spa memandangkan perniagaan ini termasuk di bawah aktiviti lesen berisiko. Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenal pasti premis-premis yang menjalankan aktiviti tanpa tanpa lesen dan mengenakan notis pada pemilik premis serta menyita premis tersebut. Bagi pemilik yang melanggar syarat-syarat lesen dan menjalankan aktiviti yang tidak sepatutnya, Pihak Berkuasa Tempatan akan membatalkan lesen yang telah diberikan dengan serta-merta.

    Pihak Berkuasa Tempatan turut menjalankan Operasi Bersepadu bersama agensiagensi lain termasuk PDRM, Imigresen dan JAIS bagi mengatasi masalah ini. Setakat ini, operasi bersepadu yang dijalankan bersama-sama agensi lain ini dilihat berkesan dalam mengurangkan bilangan rumah-rumah urut atau pusat kecantikan yang tidak berlesen contohnya di Klang dan Sepang di mana jumlah premis rumah urut yang tidak berlesen di kedua-dua daerah ini telah berkurangan jika dibandingkan dari tahun 2010. Bagi daerah Kuala Langat dan Sabak Bernam pula, tiada premis rumah urut yang tidak berlesen dilaporkan di daerah-daerah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.