Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

164) PERSIAPAN MENGHADAPI BENCANA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang lebih berkesan daripada langkah sedia ada untuk menghadapi bencana alam seperti ribut?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Smart Disaster Management di bawah inisiatif Smart Selangor telah menyediakan Smart Selangor Command Centre (SSCC) yang dioperasikan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan kerjasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) – Menteri Besar (Pemerbadanan) yang sentiasa memantau semua parameter cuaca pada setiap masa. Semua amaran, hebahan dan pemantauan dijalankan melalui Smart Selangor Command Center (SSCC).

Lampiran

Tiada Lampiran.