Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

34) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini Rumah Selangorku yang telah siap, sedang dibina dan telah diluluskan mengikut jenis.

     Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 104,680 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga 15 Ogos 2018. Sehingga 15 Ogos 2018, sebanyak 3,770 unit RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Manakala sebanyak 24,869 unit RSKU sedang dalam pembinaan. Perinciannya adalah seperti berikut :-

    Perincian Rumah Selangorku mengikut jenis adalah seperti berikut :-

Lampiran

Tiada Lampiran.