Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

64) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan sudi dan rela menggunakan tanah kerajaan secara percuma untuk membina Rumah Selangorku secara usahasama dengan pihak swasta?

    Berdasarkan kepada Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965), pemberimilikan Tanah Kerajaan untuk sesuatu tempoh tidak melebihi 99 tahun adalah sebagai balasan pembayaran premium, sewa tahunan dan ianya tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan kepentingan dan menurut kuasa kepada mana-mana peruntukan dalam akta (KTN 1965) ini.

    Tiada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa untuk pemberimilikan Tanah Kerajaan secara percuma. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan permohonan pemberimilikan tanah bagi tujuan membina Rumah Selangorku pada kadar premium yang berpatutan dan munasabah berdasarkan justifikasi permohonan selaras dengan peruntukan Seksyen 80 KTN 1965 serta insentif-insentif pembayaran premium yang boleh diberikan kepada pemaju yang berhasrat membina Rumah Selangorku.

Lampiran

Tiada Lampiran.