Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

143) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa unitkah yang sudah di bina sejak pelancarannya?

    Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 89,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Ia merangkumi sebanyak 22,494 unit rumah dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku manakala baki 66,902 unit lagi bukan dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku. Daripada keseluruhan unit tersebut terdapat sebanyak 665 unit RSKU telah siap dibina. Jumlah ini tidak termasuk Rumah Mampu Milik (RMM) Selangor yang telah diperkenalkan untuk tempoh interim dari tahun 2010 – 2013 sebelum Dasar Rumah Selangorku diperkenalkan. Perinciannya adalah seperti berikut :-

    Projek Rumah Selangorku yang telah siap dibina mengikut jenis sejak tahun 2014 sehingga kini :-

    PBT Bilangan Projek Jumlah Unit
    MBSA 1 536 (Jenis C)
    MDHS 1 129 (Jenis D)
    JUMLAH 2 665

     

    Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Selangor yang telah siap dibina untuk tempoh tahun 2010 sehingga tahun 2013 :-

    PBT Bilangan Projek Jumlah Unit
    MPKj 3 352
    MPS 1 1,422
    MBPJ 1 236
    JUMLAH 2 2,010

Lampiran

Tiada Lampiran.